Selasa, 10 Disember 2013

PAKEJ KURSUS PENJAGAAN DAN RAWATAN KESIHATAN WANITA DAN IBU BERSALIN


Contact 0133319624, 0135377689


  1. Pusat rawatan ibu ibu lepas bersalin.
Setiap tahun terdapat kira kira 450,000 hingga 500,000 kelahiran baru di Malaysia. Dari jumlah tersebut kira kira 55% atau 270,000 adalah terdiri dari ibu ibu berbangsa Melayu dan beragama Islam. Sudah diketahui umum, bahawa hanya ibu ibu Melayu yang mempastikan mereka mendapat rawatan susulan pasca bersalin secara tradisional khususnya urutan, mandi herba dan bertungku. Manakala ibu-ibu dari kalangan bukan Melayu kurang diketahui sejauh mana permintaan mereka terhadap perubatan tradisional untuk rawatan lepas bersalin.

Keperluan ibu ibu Melayu terhadap khidmat urutan selepas bersalin sejak turun temurun dipenuhi oleh bidan kampong atau tukang urut kampong. Adalah dianggarkan terdapat antara 150,000 – 200,000 mak bidan dan tukang urut tradisional kampong di seluruh negara. Masalahnya hampir kesemua dari mereka tidak berdaftar dengan mana mana badan pengamal perubatan tradisional atau komplimentari atau dengan Biro Perubatan Tradisional dan Komplimentari, Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh sebab itu, tidak diketahui fakta rasmi yang sebenarnya tentang taboran dan produktiviti mereka.





  1. Akta Perubatan Tradisional Dan Komplimentari Malaysia 2013 (APTK)
Akta ini dijangka akan dikuat kuasakan mulai 2013. Kesannya ialah ratusan ribu tukang tukang urut dan bidan kampong Melayu itu akan menjadi tidak bertauliah di sisi APTK. Dalam erti kata lain, mereka sudah tidak boleh menjalankan profesion mengurut secara terbuka lagi. Ertinya mereka akan menjalankan khidmat urutan mereka secara sembunyi sembunyi. Sebaik sahaja kegiatan mereka dapat dihidu oleh pihak berkuasa, mereka terpaksalah berhenti. Kalau mereka nak teruskan juga bersedialah dengan wang denda yang jumlahnya puluhan ribu!

Terjadinya kondisi tidak seimbang yang amat ketara di antara bilangan ibu ibu bersalin dengan bilangan tukang urut dan bidang kampong sudah tidak dapat dibendung lagi. Untuk merapatkan kembali jurang ketidak seimbangan tersebut bukanlah satu kerja mudah. Di mana para bidan kampung ini harus memilih satu modaliti yang sudah diperakui, mengikuti kursus hingga mendapat sijil, lalu kemudian berdaftar dengan mana mana badan pengamal.



  1. Kepentingan kesihatan ibu dan anak.
Kesedaran kepada kepentingan menjaga kesihatan ibu dan anak semakin meningkat di kalangan orang orang Melayu. Di samping menggunakan perubatan moden dan konvensional, mereka tetap percaya kaedah tradisional adalah yang terbaik untuk tempoh dalam pantang. Permintaan untuk rawatan dan pelayanan kesihatan bagi ibu dan anak anak secara tradisional akhir akhir ini meningkat begitu ketara mungkin disebabkan peningkatan taraf ekonomi, peningkatan taraf pendidikan atau peningkatan kepercayaan kepada kaedah perubatan dan produk-produk tradisional itu sendiri.





  1. Keperluan kesihatan yang harus diberikan pemahaman baru.
Kesihatan seluruh ahli keluarga – ibu, bapa dan anak anak, amat penting kerana ia menjadi tonggak kebahagiaan dan kesejahteraan rumah tangga. Ketidak-stabilan kesihatan akan turut menjejas kestabilan rumah-tangga kerana ia melibatkan ekonomi, kewangan dan kasih sayang. Kesihatan diraih apabila tubuh seorang insan itu mencapai HOMEOSTASIS yakni keseimbangan fizikal dengan spiritual (intelektual + emosional).
Tahap homeostasis harus diusahakan dengan segera dan konsisten terutama setelah diri seseorang itu mengalami situasi sakit, tertekan, bimbang atau cemas. Bersalin merupakan satu pengalaman dengan kombinasi semua situasi tersebut.




  1. Merangsang sistem pemulihan dalaman secara semula jadi
Setiap tubuh insan telah dilengkapi secara semula jadi dengan self healing mechanisme atau natural healing mechanisme. Mengikut European Medical Journal (versi Vernon Coleman), 9 dari 10 penyakit natural yang mengancam tubuh boleh sembuh secara natural. Apa yang perlu dilakukan apa bila seseorang itu mulai diancam satu penyakit ialah merangsang agar sistem pertahan tubuhnya bangun dan berdepan dengan penyakit itu dengan tenang, berani, yakin dan positif. Pada situasi ini tubuh memerlukan rangsangan – atau stimulasi dalam bentuk natural dan kurangkan gangguan-gangguan un-natural. Contoh gangguan unnatural ialah pengambilan produk non – organic, dadah, kimia, merokok, minuman dari alcohol, makanan hasil pengilangan, salted food, jeruk, halwa bergula tinggi, tidur berlebihan, makan minum berlebihan, pertengkaran dan penderaan emosi. Bagaimana rangsangan natural boleh dilakukan? Mengikut kajian, rangsangan paling natural ialah urutan dan usapan dengan kepelbagaian teknik dan tekanan.


Merangsang semua bentuk elemen tenaga yang mengalir.
Ke arah menjana tahap kesihatan total atau homeostasis, dunia perubatan kini
(termasuk konvensional) cuba menggembeling semua kaedah stimulasi bagi merangsang setiap jenis elemen energi yang boleh mengalir masuk dan menjalar ke seluruh tubuh manusia.               



 Berikut adalah jadual menerangkan jenis energi dan pengalirannya.


Elemen
entry
organ yin
organYang
bentuk rangsangan
cahaya
mata
liver
gall bladder
tata pencahayaan yang aman damai
warna
mata
liver
gall bladder
tata warna yang natural dan damai
bau (Aroma)
hidung
lung
large intestine
bau-bauan yang menyenangkan dan tenang
haba
kulit
lung

large intestine
tuam, bertungku atau mandi air panas atau air dingin
haba
lidah
jantung
small intestine
tuam, bertungku, hot water bag, atau mandi air panas atau air dingin
gelombang
telinga
ginjal
urinary bladder
bacaan ayat ayat as syifa, rukyah
getaran
telinga
ginjal
urinary bladder
bunyian yang menyenangkan
deria rasa (Lidah)
lidah / mulut
limpa
perut
culinatherapy – masakan dengan formulasi Yin Yang




  1. Damaisuri House of Stimulatherapy.
      Damaisuri House of Stimulatherapy ditubuhkan oleh Stimulaterapi Minda 1Malaysia Sdn Bhd khusus untuk membantu kaum wanita muslim menjalani pemulihan dan pengekalan kesihatan secara teratur dan berkesan dengan menggunakan kaedah penjagaan kesihatan wanita dan ibu – ibu kraton Jawa. Ia merangkumi semua aspek keperluan penjagaan kesihatan wanita dari gadis remaja hinggalah saat melahirkan anak.


Stimulatherapy adalah sebuah modaliti komplimentari yang bertunjangkan sistem urutan tradisional Jawa. Perawatan Ibu Bersalin Kraton Jawa (IBUKRAJA) adalah satu cabang atau sub-modality bagi Stimulatherapy. Ia mempunyai satu SOP nya yang khusus. Sebagai sebuah sub modality bagi Stimulatherapy, IBUKRAJA berlandaskan kepada Traditional Chinese Medicines (TCM) dan berteraskan kepada BMT (Body Meridian Theory).



  1. Jenis Perkhidmatan.
8.1 Perawatan gadis remaja:

bil
jenis perkhidmatan
masa
keterangan
1
khitan anak perempuan
15 min
memotong sedikit dari clitoris
2
masalah lambat datang haid yang pertama
20 min
perlu diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi umum.
3
pusingan haid tidak tetap (menstrual irregulaties)
20 min
perlu diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut + teh .
4
keputihan
25 min
perlu diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut, teh, lulur & mandi.
5
senggugut
6
masalah kesihatan umum anak gadis remaja
20-25 min
perlu diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi umum ikut keperluan.


  Perawatan Kaum Wanita/ibu ibu:

Bil
Jenis Perkhidmatan
Masa
Keterangan
1
sakit dan pusingan haid tidak tetap (menstrual irregulaties)
15-30 min
perlu diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi umum + teh
2
sakit keputihan
15-30 min
perlu diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi dan herba.
3
senggugut
15-30 min
perlu diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut + teh .
4
sakit sendi lutut
15-30 min
perlu diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut dan balut.
5
sakit bahu
20-25 min
urut stimulatherapy dan balut
6
sakit pinggang
20-25 min
perlu diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut & balutan.
7
sakit punggung
30-60 min
diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut, balut dan herba.
8
sakit buah dada bengkak
15-20 min
diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut + teh .
9
sakit kepala / migraine
15-30 min
diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut dan teh.
10
sakit telinga
15-30 min
seduh wap panas dan urutan
11
sakit hidung / sinusitis
15-30 min
diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut dan teh.
12
sakit mulut / lidah / bibir
20-25 min
perlu diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut dan herba.
13
sakit tengkuk
20-25 min
diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut, lulur + teh .
14
sakit perut – pedih ulu hati
15-20 min
diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut dan teh.
15
sakit kebas dan nyeri di mana mana bahagian badan
15-20 min
urutan, lulur, tuam dan tusukan jarum
16
sakit kembung perut dan angin dalam badan
15-20 min
perlu diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urutuan.
17
sakit kulit
15-30 min
perlu diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut dan herba.
18
sakit dan keguguran rambut
15-30 min
diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut, lulur + teh .
19
masalah kesuburan
15-30 min
diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut, tuam dan teh.
20
masalah mati putik
20-25 min
urutan, lulur dan tuam wap.
21
masalah perasaan dingin
20-25 min
perlu diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi umum ikut keperluan. Tuam wap.
22
masalah gangguan bisikan
15-20 min
diagnosa, urut dan rukyah.
23
masalah ilusi (suara + imej)
15-20 min
diagnosa, urut dan rukyah.
24
masalah kemurungan
20-25 min
diagnosa, urut dan rukyah.
           

              Wanita hamil:
Bil.
jenis perkhidmatan
masa
keterangan
1
salam peramurut IBUKRAJA
30 min
urutan salam – adat ketika menempah  pramurut. Biasanya pada bulan keempat kehamilan.
2
salam peramurut kedua IBUKRAJA
30 min
urutan salam susulan pada bulan ketujuh. Melihat perkembangan bayi dan mengkonfirmasi tempahan.
3
salam pra bersalin
30 min
urutan semangat pra bersalin dalam bulan kesembilan.

      Wanita / Ibu bersalin
bil
jenis Khidmat
masa
keterangan
1
urut pulih-tenaga selepas bersalin
30-45 min
urutan stimulatherapy keatas semua 12 saloran tenaga (energy channels) secara gabungan titik erpilih (intergrated multi- points)
2
urutan khas organ dan saloran tertentu
15 min
melalui diagnosa mungkin didapati seseorang ibu mengalami masalah pada organ tertentu. Stimulasi akan dilakukan secara khusus keatas organ berkenaan.
3
lulur beras kencur pada bahagian tertentu
15-20 min
misalnya lulur pinggang, lulur betis atau lulur tangan/lengan atau lulur seluruh tubuh.
4
lulur penuh beras kencur + Aromatherapy
30 – 60 min
lulur seluruh tubuh dengan tambahan wangian terpilih untuk memulihkan homeostasis.
5
mandi herba + bunga-bungaan
20 min
mandi dengan air panas yang mengandungi herba dan disusuli dengan air yang mengandungi bunga bunga terpilih dan dibilas dengan air yang didoakan.
6
tuam wap
10-15min
tuam khas untu wanita menggunakan tuala yg diwapkan dengan air rebusan herba.
7
bertungku
10-15min
rawatan batu panas (hot stone massage) pada chanell
8
berbengkong
25 min
salah satu dari kebiasaan orang Melayu dan Jawa bagi mengempiskan perut, mengecil  dan mengembalikan rahim kepada kedudukan asal ialah dengan berbengkong. Berbengkong memerlukan cara dan ia perlu dibantu
9
cara cara rawatan dalam pantang yang lain akan diberikan mengikut permintaan.