Contact 0133319624, 0135377689
- Pusat
rawatan ibu ibu lepas bersalin.
Setiap tahun terdapat kira kira
450,000 hingga 500,000 kelahiran baru di Malaysia . Dari jumlah tersebut kira
kira 55% atau 270,000 adalah terdiri dari ibu ibu berbangsa Melayu dan beragama
Islam. Sudah diketahui umum, bahawa hanya ibu ibu Melayu yang mempastikan
mereka mendapat rawatan susulan pasca bersalin secara tradisional khususnya
urutan, mandi herba dan bertungku. Manakala ibu-ibu dari kalangan bukan Melayu
kurang diketahui sejauh mana permintaan mereka terhadap perubatan tradisional
untuk rawatan lepas bersalin.
Keperluan ibu ibu Melayu
terhadap khidmat urutan selepas bersalin sejak turun temurun dipenuhi oleh
bidan kampong atau tukang urut kampong. Adalah dianggarkan terdapat
antara 150,000 – 200,000 mak bidan dan tukang urut tradisional kampong di
seluruh negara. Masalahnya hampir kesemua dari mereka tidak berdaftar dengan
mana mana badan pengamal perubatan tradisional atau komplimentari atau dengan
Biro Perubatan Tradisional dan Komplimentari, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Oleh sebab itu, tidak diketahui fakta rasmi yang sebenarnya tentang taboran dan
produktiviti mereka.
- Akta
Perubatan Tradisional Dan Komplimentari Malaysia 2013 (APTK)
Akta ini dijangka akan dikuat
kuasakan mulai 2013. Kesannya ialah ratusan ribu tukang tukang urut dan bidan
kampong Melayu itu akan menjadi tidak bertauliah di sisi APTK. Dalam erti kata
lain, mereka sudah tidak boleh menjalankan profesion mengurut secara terbuka lagi.
Ertinya mereka akan menjalankan khidmat urutan mereka secara sembunyi sembunyi.
Sebaik sahaja kegiatan mereka dapat dihidu oleh pihak berkuasa, mereka
terpaksalah berhenti. Kalau mereka nak teruskan juga bersedialah dengan wang
denda yang jumlahnya puluhan ribu!
Terjadinya kondisi tidak
seimbang yang amat ketara di antara bilangan ibu ibu bersalin dengan bilangan
tukang urut dan bidang kampong sudah tidak dapat dibendung lagi. Untuk
merapatkan kembali jurang ketidak seimbangan tersebut bukanlah satu kerja
mudah. Di mana para bidan kampung ini harus memilih satu
modaliti yang sudah diperakui, mengikuti kursus hingga mendapat sijil, lalu
kemudian berdaftar dengan mana mana badan pengamal.
- Kepentingan
kesihatan ibu dan anak.
Kesedaran
kepada kepentingan menjaga kesihatan ibu dan anak semakin meningkat di kalangan
orang orang Melayu. Di samping menggunakan perubatan moden dan konvensional,
mereka tetap percaya kaedah tradisional adalah yang terbaik untuk tempoh dalam
pantang. Permintaan untuk rawatan dan pelayanan kesihatan bagi ibu dan anak
anak secara tradisional akhir akhir ini meningkat begitu ketara mungkin
disebabkan peningkatan taraf ekonomi, peningkatan taraf pendidikan atau
peningkatan kepercayaan kepada kaedah perubatan dan produk-produk tradisional
itu sendiri.
- Keperluan kesihatan yang harus diberikan pemahaman
baru.
Kesihatan
seluruh ahli keluarga – ibu, bapa dan anak anak, amat penting kerana ia menjadi
tonggak kebahagiaan dan kesejahteraan rumah tangga. Ketidak-stabilan kesihatan
akan turut menjejas kestabilan rumah-tangga kerana ia melibatkan ekonomi,
kewangan dan kasih sayang. Kesihatan diraih apabila tubuh seorang insan itu
mencapai HOMEOSTASIS yakni keseimbangan fizikal dengan spiritual (intelektual +
emosional).
Tahap
homeostasis harus diusahakan dengan segera dan konsisten terutama setelah diri
seseorang itu mengalami situasi sakit, tertekan, bimbang atau cemas. Bersalin
merupakan satu pengalaman dengan kombinasi semua situasi tersebut.
- Merangsang sistem pemulihan dalaman secara semula
jadi
Setiap tubuh insan telah dilengkapi
secara semula jadi dengan self healing mechanisme atau natural healing
mechanisme. Mengikut European Medical Journal (versi Vernon Coleman), 9 dari 10
penyakit natural yang mengancam tubuh boleh sembuh secara natural. Apa yang
perlu dilakukan apa bila seseorang itu mulai diancam satu penyakit ialah
merangsang agar sistem pertahan tubuhnya bangun dan berdepan dengan penyakit
itu dengan tenang, berani, yakin dan positif. Pada situasi ini tubuh memerlukan
rangsangan – atau stimulasi dalam bentuk natural dan kurangkan
gangguan-gangguan un-natural. Contoh gangguan unnatural ialah pengambilan
produk non – organic, dadah, kimia, merokok, minuman dari alcohol, makanan
hasil pengilangan, salted food, jeruk, halwa bergula tinggi, tidur berlebihan,
makan minum berlebihan, pertengkaran dan penderaan emosi. Bagaimana rangsangan
natural boleh dilakukan? Mengikut kajian, rangsangan paling natural ialah urutan
dan usapan dengan kepelbagaian teknik dan tekanan.
Merangsang semua bentuk elemen tenaga yang mengalir.
(termasuk
konvensional) cuba menggembeling semua kaedah stimulasi bagi merangsang setiap
jenis elemen energi yang boleh mengalir masuk dan menjalar ke seluruh tubuh
manusia.
Berikut adalah jadual menerangkan jenis energi dan pengalirannya.
Berikut adalah jadual menerangkan jenis energi dan pengalirannya.
Elemen
|
entry
|
organ yin
|
organYang
|
bentuk rangsangan
|
cahaya
|
mata
|
liver
|
gall bladder
|
tata pencahayaan yang aman damai
|
warna
|
mata
|
liver
|
gall bladder
|
tata warna yang natural dan damai
|
bau (Aroma)
|
hidung
|
lung
|
large intestine
|
bau-bauan yang menyenangkan dan tenang
|
haba
|
kulit
|
lung
|
large intestine
|
tuam, bertungku atau mandi air panas atau air dingin
|
haba
|
lidah
|
jantung
|
small intestine
|
tuam,
bertungku, hot water bag, atau mandi air panas atau air dingin
|
gelombang
|
telinga
|
ginjal
|
urinary bladder
|
bacaan
ayat ayat as syifa, rukyah
|
getaran
|
telinga
|
ginjal
|
urinary bladder
|
bunyian yang menyenangkan
|
deria rasa (Lidah)
|
lidah / mulut
|
limpa
|
perut
|
culinatherapy – masakan dengan formulasi Yin Yang
|
- Damaisuri House of Stimulatherapy.
Damaisuri House of Stimulatherapy ditubuhkan
oleh Stimulaterapi Minda 1Malaysia Sdn Bhd khusus untuk membantu kaum
wanita muslim menjalani pemulihan dan pengekalan kesihatan secara teratur dan
berkesan dengan menggunakan kaedah penjagaan kesihatan wanita dan ibu – ibu kraton
Jawa. Ia merangkumi semua aspek keperluan penjagaan kesihatan wanita dari gadis
remaja hinggalah saat melahirkan anak.
Stimulatherapy
adalah sebuah modaliti komplimentari yang bertunjangkan sistem urutan
tradisional Jawa. Perawatan Ibu Bersalin Kraton Jawa (IBUKRAJA) adalah satu
cabang atau sub-modality bagi Stimulatherapy. Ia mempunyai satu SOP nya yang
khusus. Sebagai sebuah sub modality bagi Stimulatherapy, IBUKRAJA berlandaskan
kepada Traditional Chinese Medicines (TCM) dan berteraskan kepada BMT (Body
Meridian Theory).
- Jenis Perkhidmatan.
8.1
Perawatan gadis remaja:
bil
|
jenis
perkhidmatan
|
masa
|
keterangan
|
1
|
khitan anak perempuan
|
15 min
|
memotong sedikit dari clitoris
|
2
|
masalah lambat datang haid yang pertama
|
20 min
|
perlu diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi umum.
|
3
|
pusingan haid tidak tetap (menstrual irregulaties)
|
20 min
|
perlu diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut +
teh .
|
4
|
keputihan
|
25 min
|
perlu diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut,
teh, lulur & mandi.
|
5
|
senggugut
|
||
6
|
masalah kesihatan umum anak gadis remaja
|
20-25 min
|
perlu diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi umum ikut
keperluan.
|
Perawatan
Kaum Wanita/ibu ibu:
Bil
|
Jenis
Perkhidmatan
|
Masa
|
Keterangan
|
1
|
sakit dan pusingan haid tidak tetap (menstrual
irregulaties)
|
15-30
min
|
perlu
diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi umum + teh
|
2
|
sakit keputihan
|
15-30
min
|
perlu diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi dan
herba.
|
3
|
senggugut
|
15-30
min
|
perlu diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut +
teh .
|
4
|
sakit sendi lutut
|
15-30
min
|
perlu diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut dan
balut.
|
5
|
sakit
bahu
|
20-25
min
|
urut stimulatherapy dan balut
|
6
|
sakit
pinggang
|
20-25
min
|
perlu
diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut & balutan.
|
7
|
sakit
punggung
|
30-60
min
|
diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut, balut dan
herba.
|
8
|
sakit
buah dada bengkak
|
15-20
min
|
diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut + teh .
|
9
|
sakit
kepala / migraine
|
15-30
min
|
diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut dan teh.
|
10
|
sakit
telinga
|
15-30
min
|
seduh wap panas dan urutan
|
11
|
sakit
hidung / sinusitis
|
15-30
min
|
diagnosa
keseimbangan energi. Stimulasi urut dan teh.
|
12
|
sakit
mulut / lidah / bibir
|
20-25
min
|
perlu diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut dan
herba.
|
13
|
sakit
tengkuk
|
20-25
min
|
diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut, lulur +
teh .
|
14
|
sakit
perut – pedih ulu hati
|
15-20
min
|
diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut dan teh.
|
15
|
sakit kebas dan nyeri di mana mana bahagian badan
|
15-20 min
|
urutan, lulur, tuam dan tusukan jarum
|
16
|
sakit kembung perut dan angin dalam badan
|
15-20
min
|
perlu
diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urutuan.
|
17
|
sakit
kulit
|
15-30
min
|
perlu diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut dan
herba.
|
18
|
sakit
dan keguguran rambut
|
15-30
min
|
diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut, lulur +
teh .
|
19
|
masalah
kesuburan
|
15-30
min
|
diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi urut, tuam dan
teh.
|
20
|
masalah
mati putik
|
20-25
min
|
urutan, lulur dan tuam wap.
|
21
|
masalah
perasaan dingin
|
20-25
min
|
perlu
diagnosa keseimbangan energi. Stimulasi umum ikut keperluan. Tuam wap.
|
22
|
masalah
gangguan bisikan
|
15-20
min
|
diagnosa,
urut dan rukyah.
|
23
|
masalah
ilusi (suara + imej)
|
15-20 min
|
diagnosa,
urut dan rukyah.
|
24
|
masalah
kemurungan
|
20-25
min
|
diagnosa,
urut dan rukyah.
|
Wanita
hamil:
Bil.
|
jenis perkhidmatan
|
masa
|
keterangan
|
1
|
salam peramurut IBUKRAJA
|
30 min
|
urutan salam – adat ketika menempah pramurut. Biasanya pada bulan keempat
kehamilan.
|
2
|
salam peramurut kedua IBUKRAJA
|
30 min
|
urutan salam susulan pada bulan ketujuh. Melihat
perkembangan bayi dan mengkonfirmasi tempahan.
|
3
|
salam pra bersalin
|
30 min
|
urutan semangat pra bersalin dalam bulan kesembilan.
|
Wanita / Ibu bersalin
bil
|
jenis
Khidmat
|
masa
|
keterangan
|
1
|
urut pulih-tenaga selepas bersalin
|
30-45 min
|
urutan stimulatherapy keatas semua 12 saloran tenaga
(energy channels) secara gabungan titik erpilih (intergrated multi- points)
|
2
|
urutan khas organ dan saloran tertentu
|
15 min
|
melalui diagnosa mungkin didapati seseorang ibu
mengalami masalah pada organ tertentu. Stimulasi akan dilakukan secara khusus
keatas organ berkenaan.
|
3
|
lulur
beras kencur pada bahagian tertentu
|
15-20
min
|
misalnya
lulur pinggang, lulur betis atau lulur tangan/lengan atau lulur seluruh
tubuh.
|
4
|
lulur
penuh beras kencur + Aromatherapy
|
30 – 60 min
|
lulur seluruh tubuh dengan tambahan wangian terpilih
untuk memulihkan homeostasis.
|
5
|
mandi herba + bunga-bungaan
|
20 min
|
mandi dengan air panas yang mengandungi herba dan
disusuli dengan air yang mengandungi bunga bunga terpilih dan dibilas dengan
air yang didoakan.
|
6
|
tuam wap
|
10-15min
|
tuam
khas untu wanita menggunakan tuala yg diwapkan dengan air rebusan herba.
|
7
|
bertungku
|
10-15min
|
rawatan batu panas (hot stone massage) pada chanell
|
8
|
berbengkong
|
25 min
|
salah satu dari kebiasaan orang Melayu dan Jawa bagi
mengempiskan perut, mengecil dan
mengembalikan rahim kepada kedudukan asal ialah dengan berbengkong.
Berbengkong memerlukan cara dan ia perlu dibantu
|
9
|
cara cara rawatan dalam pantang yang lain akan
diberikan mengikut permintaan.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan